Saturday, 7 April 2018

Hala Tuju Lepas SPM

Assalamualaikum, semua

Okeh, hari ni aku nak kongsi sikit pasal hala tuju lepas SPM. Tapi, sebelum tu.. aku nak ucapkan tahniah buat semua pelajar lepasan SPM atas apa jua keputusan yang kalian dapat! Apa yang paling penting, kalian dah buat yang terbaik!!

Ok, sebagai pelajar yang baru habis SPM.. aku tahu, mesti korang semua keliru nak sambung apa lepas SPM ni. Aku pun macam tu juga dulu.

Secara umumnya, korang ada beberapa pilihan untuk sambung belajar lepas SPM ni.. antaranya:
1) Masuk MATRIKULASI
2) Masuk ASASI
3) Masuk DIPLOMA
4) Masuk STPM
5) Lain2
Oke, kita pergi satu-satu.

MATRIKULASI
Matrikulasi ni sebenarnya macam persediaan sebelum korang sambung degree nanti. Kalau korang masuk matriks, korang boleh pilih sama ada nak buat pengajian selama 1 tahun atau 2 tahun. Tapi, kebanyakan orang akan ambil 1 tahun je sebab cepat. Tapi bergantung kepada keputuan SPM korang jugak. Oke, dari segi pembelajaran.. korang akan belajar 4 subjek jer. 4 sahaja. X banyak. Subjek tu bergantung kepada modul yg korang pilih dan dapat. Tapi, jadual padat lah. Kelas setiap hari isnin sampai jumaat dari pkol 8-5. Nak tak nak, kena 'struggle'. Lagi satu, waktu sem 1 korang wajib ambil MUET utk sambung degree nanti. Dari sudut kebaikannya, korang boleh sambung degree cepat. Nanti cepat habis belajar. Lagi satu, dapat elaun. Oke, dari sudut kelemahan nya pulak, rasanya x banyak. Cuma korang kena 'struggle' lah untuk habiskan sylibus. Kena pandai2 bahagikan masa. Ramai je 'student' matriks yg perform. Jangn risau lah. Lagi satu, kalau matriks, korang kena belajar molek2. Pastikan pointer padu! Baru senang nak masuk universiti yg korang nak masuk untuk sambung degree, sebb student matriks akan compete dengn budak2 asasi dan sesama korang la.. tu je kot.

ASASI
Untuk asasi, die lebih kurang macm matrik jugak. Cuma yg membezakan, asasi ni under universiti. Means, kalau korang nak apply uni yg sama.. mungkin peluang nak dapt tu cerah sikit sebb selalu nya uni2 ni diorang akan bagi kouta untuk student asasi diorang. Cara belajar still sama macm matriks. 4 subjek, kelas dari pagi smpai petang. Ada juga la yg lebih dari 4. Depend. Tapi asasi memng 1 tahun je. Rasa nya ada juga yg lebih setahun. Depend on course yg korang pilih. Kelebihan belajar asasi sama ja macm matriks. Cuma asasi lebih terjamin sikit la. Nak xnak kena jaga pointer jugak.

DIPLOMA
Oke, bila cakap pasal diploma.. mesti ramai yang tak nak sambung diploma. Untuk diploma, die berbeza dengan asasi dan matriks. Tempoh pengajian nya selama 3 tahun. Tapi, kalau masuk diploma under uitm... kebanyakannya dah jadi 2 tahun setengah je. Apa yg membezakan diploma, matriks dan asasi adalah kalau masuk diploma setiap sem korang akan belajar lebih dari 4 subjek. Ada yg 8, 6, 7 subjek untuk satu sem.. apa yg bagusnya dioloma ni, belajar nya xda lah pack dari pagi sampai ptg. Dalam satu haru tu, mungkin ada 2,3 atau 4 kelas macm tu. X pack sangt lah. Lagi satu, kalau nak sambung degree, lagi2 kalau sambung course yang ada kaitan... korang akan dapat pengecualian kredit. Maksudnya, akan ada subjek yg korang ak perlu ambil bila masuk degree nanti. Jadi, boleh lompat terus masuk sem 2 atau 3. Btw, korang boleh kerja guna sijil diploma tau! Heheheeee.. lagi satu, peluang nak sambung degree mudah. Tu pun kalau dari diploma nak ke degree masuk uni yg sama. Sebb diorang dah sediakan siap2 kekosongan untuk student diploma terrchentanya. But yet, still kena perform jugak. Dari sudut kelemahannya, korng kena struggle 5 @ 6 sem. Nak kena jaga pointer molek2, sampai graduate. Lagi satu, diploma ni makan masa la jugak. Tapi, bagi alang.. x kesah pun lambat atau cepat. Yg penting pengalaman kita. Tu je la kot...

STPM
Stpm ni dia ade by SEM juga . Adaa 3 SEM . So naty pointer setiap SEM Akan combine utk dpt result keseluruhan utk stpm . Setiap SEM ade kerja kursus . Mcm kat U assgment lah . Mcm carrymark utk finale stpm naty haa . Kelebihan dia Satu Kos je lahh . Tak pakai Kos banyak mcm Dip matrik asasi and so on . SBB yuran macam yuran skolah gitu . Kekurangan dia naty just kene compete dengan budak stam . Mcm biasalah . Sebab kemasukan samaa under  upu ke degree . Haa apaa lagi ehh . Diaa Cara study kene Cara study U ahh . Jangan Cara study SPM . Hahaha . Means mmg kene pulun gak ah Dr awal bukan nak tggu exam jaaa .
4 subjek min . 5 subjek max . Pastuuuu MUET.. Btw, korang boleh guna sijil stpm untuk mintak kerja. Hewheww!

 LAIN-LAIN
Selain dari 4 perkara yg alang cakap tu, ada beberapa lagi cabang lain yg korang boleh pilih.. antaranya STAM. Stam ni ade 10 madah dan wajib lulus setiap madah. Madah = subjek. Kalau gagal stu madah dikira gagal semua. Haha. Time stam ambik muet skli. Subjek2 stam adalah : Nahu & sorof, Balaghah, Adab nusus, Al quran & hafazan, Tafsir wa ulumuhu, Hadis & mustholah, Arudh qafiah, Insya & mutholaah, Tauhid & mantiq, Fiqh & mirath. Kalau kt selangor dpt elaun 1000. Utk yg asal selangor dn bermustawatin d selangor. Btw, lepas stam boleh sambung degree terus dan belajar nya 1 tahun jah. Hewheww.. selain tu, korang boleh masuk persediaan ke luar negara. Ambil A level. Tempoh pengajian 2 thun ja. Beljar 4 subjek je, x silap. Yg penting kena perform. Nanti senang nak masuk U yg korang nak apply. Lain2, mungkin boleh ambil persijilan. Selalu persijilan ni tempoh belajar singkat dan lebih kepada kemahiran la.. last, ada pra-diploma program ni bagi sesiapa yg x kberkelayakan ke diploma. Korang akan belajar basic on course yg akan sambung. Tempoh pengajian 1 sem je. Tapi, kalau x capai pointer 3.00 ke atas.. kena extand sampai sem 2, baru boleh sambung diploma.
Okeh, setakat ni tu je la kot. Bagi korang yg masih confuse nak smbung apa, buat la solat istikharah. Jangn lupa minta nasihat cikgu kunseling dan pendapat ibu bapa. Buat pilihan betul2 tau, sebb bende ni yg akan menentukan masa depan korang. Satu pesanan, buat sesuatu ikut kemampuan.. bukan sebb nak ikut2 orang yea!

Sekian, wassalam

No comments:

Post a Comment