Bismillah. Assalamualaikum, semua...
Hari ni aku nak kongsi sikit tentang Diploma Mikrobiologi, UiTM.
Untuk pengetahuan semua, Diploma Mikrobiologi ni merupakan satu krusus dimana para pelajar akan didedahkan dengan ilmu tentang kehidupan makhluk halus yg ada dekat muka bumi ni. Makhluk halus ni, bukan hantu ya. Tapi organisma yg x dapat dilihat dengan mata kasar. Secara asasnya, korang akan belajar tentang bacteria, kulat, virus dan apa2 yg berkaitan.
![]() |
Microscope. Senjata utama student microbes. |
Apa yg istimewa course ni, Diploma Mikrobiologi ni hanya ada di UiTM Kuala Pilah, Negei Sembilan sahaja. Jadi, kalau korang dapat tawaran Diploma Mikrobiologi, siap sedia lah jadi orang pilah. Hahahhaaa..
![]() |
Sun set di UiTM Kuala Pilah. |
Tempoh pengajian hanya 2 tahun setengah sahaja. Tak lama pun. 5 semester. Zaman dulu2, course ni ada 6 semester. Tapi, sejak tahun 2014.. praktikal dah dimansuhkan. Tinggal 5 semester je.
waktu sem 1, korang akan belajar 7 subjek sahaja.
CHM138 BASIC CHEMISTRY (3.0)
CSC134 COMPUTER AND INFORMATION PROCESSING (3.0)
CTU101 FUNDAMENTALS OF ISLAM (2.0)
ELC120 INTEGRATED LANGUAGE SKILLS: LISTENING (3.0)
HBU111 NATIONAL KESATRIA I (1.0)
MAT133 PRE CALCULUS (3.0)
MIC102 CELL BIOLOGY (3.0)
Sem 1 ni subjek die semua senang-senang. Kebanyakan subjek-subjek utama ni, sama je macam apa yang korang belajar waktu SPM dulu, cuma lebih details sikit. Untuk CTU ( Fundamental of Islam), korang kena hafal surah Yaasin. Memang mana-mana course diploma UiTM memang akan ambil subjek ni. Kalau Kesatria, akan ada 3 pilihan, Buan Sabit Merah (BSM), Kembara dan Kesatria. BSM ni korang akan belajar untuk beri bantuan kecemasan dan tiada kawad. Untuk Kembara, korang akan buat aktiviti-aktiviti lask macam hiking, berkayak, cara 'survive' dalam hutan dan lain-lain. Untuk BSM dan Kembara UiTM buka 2 kelas je. Kena berebut lah kalau nak masuk kelas tu. Tapi, sekali dah masuk, korang tak boleh tukar sampai sem 3. Untuk Kesatria pulak, satu sem korang akan belajar kawad sahaja. Tapi, apa yang best nya bila dah masuk sem 2 korang boleh tukar ke kelas lain. Contoh, pengurusan rumah tangga, futsal, rekreasi, pengucapan awam, pengurusan masjid dan banyak lagi lah. Satu tips, waktu sem satu ni korang kena struggle kau2. Seboleh-boleh nya dapatkan pointer 3.5 ke atas untuk survive sem2 akan datang.
Waku sem 2, korang akan belajar 8 subjek jugak:
BCM150 BIOCHEMSTRY I (2.0)
CHM207 ORGANIC CHEMISTRY (3.0)
CHM213 PHYSICAL CHEMISTRY (3.0)
CTU151 ISLAMIC THOUGHT AND CIVILIZATION (2.0)
ELC150 INTEGRATED LANGUAGE SKILLS: READING (3.0)
HSM115 RECREATION I (1.0)
MIC159 GENERAL MICROBIOLOGY (THEORY) (2.0)
MIC161 LABORATORY METHODS IN GENERAL MICROBIOLOGY (2.0)
Naik sem 2, baru korang akan didedahkan dengan subjek Microbiology. Waktu ni korang akan belajar perkara-perkara asas berkaitan microbes specifically, bacteria. Masuk lab, observe bacteria under microscope, buat gram stain, culture bacteria, dan banyak lagi benda yang best akan korang belajar. Semua benda ni sangat related dengan kehidupan seharian kita. Sem ni jugak korang akan belajar 3 subjek chemistry yang sangat-sangat lah seronok. Ramai orang kata organic chemistry adalah subjek kiler untuk sem ni. Tapi, bagi aku subjek tu lah yang paling best, sebab subjek tu lebih kepada kefahaman. Jawab test pun macam main puzzle je. Overall, sem 2 pun best dan senang.
![]() |
Binatang panjang-panjang bentuk rof tu, bateria. Salam perkenalan! |
Untuk sem 3 pulak, korang akan belajar 8 subjek jugak:
BCM200 BIOCHEMISTRY II (2.0)
BCM202 LABORATORY METHODS IN BIOCHEMISTRY (2.0)
CHM256 BASIC ANALYTICAL CHEMISTRY (3.0)
CTU211 SCIENCE AND TECHNOLOGY IN ISLAM (2.0)
ELC230 INTEGRATED LANGUAGE SKILLS: WRITING (3.0)
HSM225 RECREATION II (1.0)
MIC211 GENETICS (3.0)
MIC220 SYSTEMATIC BACTERIOLOGY (3.0)
Sem 3 adalah sem terakhir korang belajar CTU, ELC dan koko. Sem ni, subjek ELC best sangat sebab korang akan tengok movie dan buat review. Waktu ni lah korang akan tahu movie-movie yang best yang ada dekat muka bumi ni. Oke. Untuk subjek core pulak, sem 3 ni agak kental jugak lah. Secara asasnya untuk systematic bacteriology korang akan belajar jeni-jenis bakteria yang selalunya dijumpai, nama-nama bakteria, lab diagnosis dan pathogenesis. Aku sampai termimpi-mimpi jugak la bila study subjek ni. Lab die sangat best, mudah dan sekejap. Kerja kau cuma culture bacteria atas media, esoknya observe. Subjek genetics pulak, best sebab tak perlu hafal banyak perkara. Cukup sekadar faham, dah boleh survive. Subjek ni korang belajar variation of phenotype dekat organism contoh, jenis darah manusia yang berbeza-beza, warna anak mata, bentuk telinga dan lain-lain. Next, untuk biochemistry 2, subjek ni kesinambungan biochemistry 1, dimana korang akan belajar path way untuk essential compound yang ada dalam tubuh kita which include carbohydrate, lipid, amino acid and protein. Memang kena struggle untuk score. Apa-apa pun, tak mustahil pun untuk score dekan sem ni, selagi korang berusaha dan hormat lecturer.
Sem 4, korang akan hadap 7 subjek je:
CHM260 BASIC INSTRUMENTAL ANALYSIS (3.0)
MGT162 FUNDAMENTALS OF MANAGEMENT (3.0)
MIC254 FOOD MICROBIOLOGY (3.0)
MIC260 MYCOLOGY (3.0)
MIC270 MOLECULAR BIOLOGY (2.0)
MIC271 LABORATORY METHODS IN MOLECULAR BIOLOGY (2.0)
MIC280 VIROLOGY (2.0)
Masuk sem 4, subjek-subjek yang korang belajar kebanyakannya subjek core. Food microbes korang akan belajar pasal bakteria yang akan mengakibatkan keracunan makanan, cara pengendalian makanan dengan betul dan apa-apa yang berkaitan. Mycology korang akan belajar pasal kulat. Molecular biology, korang akan belajar lebih detail berkaitan genetik. Virology pulak korang akan belajar pasal virus. Secara keseluruhan, sem 4 sangat seronok sebab korang akan didedahkan dengan banyak perkara baharu. Kena rajin banyak kalau nak score dekan.
![]() |
Ni antara fungi yang korang jumpa bila belajar mycology. |
Final sem, tenang sikit, sebab belajar 6 subjek je:
ENT300 FUNDAMENTALS OF ENTREPRENEURSHIP (3.0)
MIC314 INDUSTRIAL MICROBIOLOGY (3.0)
MIC315 ENVIRONMENTAL MICROBIOLOGY (3.0)
MIC316 AGRICULTURAL MICROBIOLOGY (3.0)
MIC341 MEDICAL MICROBIOLOGY (3.0)
MIC343 IMMUNOLOGY (2.0)
Oke, masuk sem ni baru korang akan sedar yang corse yang korang ambil ni sangatlah bagus dan berguna sebab boleh pergi mana-mana bidang. Untuk sem ni basicaly korang akan belajar application of microbes on many field which include environment, agricultural, industrial and medical. Subjek yang aku suka industrial microbes, sebab ada mini project. Mini project ni kira final year project lah. Macam group aku, buat cuka dari mangga. Ada yang buat cheese dari susu kembing, buat yogurt, tempoyak, air minuman, banyak lagi lah. Waktu ni lah korang boleh invent bende-bende baru. Agriculture buat projek tanam cendawan. ENT pulak kena jual-jual. Subjek-subjek lain pun oke je. Rajin sikit, dapat lah 4 flat. hahaaaaa..
![]() |
Ini projek cuka aku. Gigih jugak nak buat bende ni. |
![]() |
Subjek immunology. Kena kira WBC. |
Overall, subjek-subjek yang korang akan belajar semua senang-senang belaka. Btw, kod subjek yang aku senaraikan ni diguna pakai waktu batch 2015. Rasanya ada perubahan kod, tapi subjek-subjek yang korang belajar, sama je.
In term of suasana pembelajaran, aku rasa UiTM Kuala Pilah adalah tempat yang paling best sangat untuk belajar. First, lecturer dan staf makmal dekat sana semua baik-baik, penyayang dan sporting. tak de pun yang garang-garang, tiba-tiba nak marah student. Kalau ada masalah dalam pembelajaran, lecturer dekat sana sedia membantu. Secondly, suasana kampus situ sangat aman. Untuk pengetahuan korang, UiTM Kuala Pilah ni terpencil sikit kawasn die. 7km dari jalan utama. Sekeliling hutan. Pagi-pagi buta memang sejuk lah. Bandar paling dekat pun Seremban, lebih dari 1 jam perjalanan. Sebab tu aku kata tempat ni sesuai untuk student yang betul-betul nak belajar. Aku sendiri pun 2-3 kali jugak fikir kalau nak ke bandar. Tapi, kat sana ada pekan Kuala Pilah. Ada lah KFC, Giant, yang terbharu ada McD. Zaman aku x de pun, cisss... Last for not least, kampus ni kecik je. Pergi kelas jalan kaki je. Student pun x berapa ramai sangat. Penempatan kolej mungkin cukup untuk semua.
![]() |
Waktu lepas hujan, selalu lah akan ada kabus. Macam atas bukit gituhh.. |
Mesti ada yang tanya, habis diploma boleh sambung degree apa? Oke. Since Diploma Mikrobiologi ni bawah Fakulti Sains Gunaan (FSG), jadi korang boleh sambung mana-mana course bawah FSG. Ynag bestnya, kalau korang sambung fakulti yang sama, korang dapat potong dalam 1 - 2 sem. Jimat masa. Korang boleh klik 'sini' untuk senarai corse degree under FSG. Berita baik, bermula tahun 2019, UiTM ada tawarkan degree in Applied Microbiology. Korang boleh sambung situ. Pilihan lain, boleh jugak ambil degree under fakulti lain. Contohnya Fakulti Sains Kesihata, Fakuti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan lain-lain. Macam aku, aku sambung Degree in Medical Laboratory Technology, FSK. Alhamdulillah. Bagi sesiapa yang nak sambung medic, pharmacy atau dentist boleh je apply sebab ada je senior-senior yang sebelum ni sambung medic. Yang paling penting, pointer kena 3.75 ke atas. Kalau nak sambung degree dekat universiti lain pun boleh. Ada je kawan-kawan aku yang dapat UIA, UPM, UKM, UMT dan UMK.
Bagi yang berniat nak bekerja lepas diploma pula, korang boleh kerja kilang bahagian QA. Selalunya kilang makanan. Jadi pembantu makmal pun boleh jugak. Yang penting, korang belajar je dulu, rezeki tu Inn Shaa Allah akan sentiasa ada.
Bagi sesiapa yang tengah mencari-cari lagi nak sambung course apa, aku sarankan ambil course Diploma Mikrobiologi. Sangat berbaloi dan seronok. Apa yang paling penting, korang dapat rasa pengalaman handle dengan microorganisms yang aku kira tak semua orang akan dapat alami benda ni.
![]() |
Classmate aku yang happening gila. Siapa kata, perempuan je yang amek kos ni?!!😏 |
Akhir kata, selamat maju jaya!
#uitmdihatiku